top of page
VR Goggles

Apa itu Catan ?

Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.

​Catan merupakan hasil seni bahantara warna pada permukaan yang rata seperti bahan legap seperti atau kanvas. Catan biasanya dihasilkan dalam bentuk dua dimensi sahaja. Bahan warna yang biasa digunakan untuk menghasilkannya ialah cat air, cat minyak, poster colour atau akrilik. Bahan pewarna dari tumbuh-tumbuhan pula seperti   kunyit, pinang, inai, senduduk juga boleh digunakan menghasilkan catan.  Selain dari pewarna dan berus, peralatan dan bahan-bahan lain yang menghasilkan catan bahan lain juga dibenarkan jika ia boleh memberi  kesan yang menarik dan menyeronokkan adalah digalakkan . Catan selalunya berfungsi menceritakan sesuatu peristiwa atau memberitahu sesuatu maksud, Catan juga membolehkan seseorang artis meluahkan perasaan dan merakamkan gambaran pemikiran melalui imej visual yang diterjemahkan dalam bentuk nyata atau abstrak.

Sejarah Catan

Catan awal telah dijumpai di dinding gua yang dihasilkan oleh manusia pada zaman purba lagi. Sejarah catan bermula pada zaman Yunani Purba. Media yang digunakan pada masa itu adalah fresco atau mozek, menggunakan bahan- bahan semula jadi yang dicampur dengan air dan disapukan pada peermukaan dinding gua. Subjek catan kebanyakannya menggambarkan peristiwa- peristiwa yang berkaitan dengan adat istiadat dan agama. Pelukis – pelukis Yunani yang terkenal pada zaman itu ialah Polygonotos, Zeuxis, Protogenes, dan Apelles.
Zaman Renaisans atau Zaman Pembaharuan ( Zaman pemulihan kegemilangan budaya dengan pengembalikan unsur- unsur budaya klasik Yunani dan Romawi Lama pada abad 14 – 16 ) merupakan zaman kemuncak seni lukis di Eropah. Zaman tersebut dibahagikan kepada tiga peringkat, yang pertama iaitu, “ Renaisans “ peringkat awal (1378- 1500 TM ), yang kedua iaitu “ Renaisans “ peringkat kemuncak ( 1500 – 1530 TM ), Yang terakhir ialah “ Renaisans “ peringkat akhir ( 1530 – 1600 TM ). Media catan yang popular pada zaman itu ialah fresco, cat tempera, cat minyak, dan cat air. Subjek catan kebanyakannya mengambarkan peristiwa kitab suci agama kristian, potret, dan peperangan. Gaya catan zaman itu semuanya dalam bentuk realistik. Terdapat ramai pelukis realisme yang masyhur pada zaman itu. Antaranya ialah Tommaso di Giovanni Masaccio ( Itali 1401 – 1428 ) karyanya iaitu `The Tribute Money` 1427 Fresko, Leonardo Da Vinci ( Itali 1452 – 1519 ) karyanya ` Mona Lisa ` cat minyak, Louvre, Paris, Albrecht Durer ( Jerman 1471 – 1528 ) ` The Great Piece of Turf , dan Paolo Uccello ( Itali 1379 – 1475 ) karya beliau pula ` The Battle of San Romano.
Pada abad ke- 19 dan ke- 20, munculnya aliran catan baru yang mempersembahkan karya – karya bergaya semi absrak dan abstrak. Antara pelukis – pelukis yang masyhur dalam bidang catan baru ini ialah Paul Cezanne ( Perancis 1839 – 1906 ) karya beliau ialah ` Still Life ` yang menggunakan cat minyak, Vincent Van Gogh ( Belanda 1853 – 1890 ) catannya adalah ` Starry Night ` 1899, yang menggunakan cat minyak, Pablo Picasso ( Sepanyol 1881 – 1973 ) catannya bertajuk ` Three Musicians ` 1921 juga menggunakan cat minyak, dan ramai lagi pelukis yang lain.
  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

Inner Pieces

123-456-7890

info@mysite.com

© 2035 by Inner Pieces.

Powered and secured by Wix

Contact

Ask me anything

Thanks for submitting!

bottom of page