Seni Catan Barat dan Tempatan
Seni Catan Tempatan
Sejarah catan Tempatan:
Di Malaysia, seni catan mula berkembang pada awal abad ke – 19. Terdapat kepercayaan bahawa pengembara-pengembara Eropah dan Inggeris telah meminta pelukis-pelukis negeri-negeri selat berketurunan Cina atau Melayu untuk melukis gambaran kehidupan tempatan yang bermotifkan flora dan fauna. Ini disebabkan oleh minat mereka atau sebagai rekod sejarah. Lukis-lukisan dan catan-catan tersebut banyak ditempah oleh pegawai-pegawai Syarikat Hindia Timur yang ditempatkan diMalaya.
Pihak Inggeris telah memperkenalkan genre lukisan / catan landskap dalam aliran Realisme, zaman Pre-Raphelites, Turner dan Constable. Ini telah berterusan sehingga abad ke-19 apabila Seni Eropah terutama Seni Perancis mula memberi kesannya kepada seluruh rantau dengan pergerakan-pergerakan seni seperti Impresionisme, Kubisme, Surealisme, Futurisme dan Konstruktivisme.
Sumbangan golongan Cina kepada seni perkembangan seni Malaysia dan Singapura berpunca daripada pendatang dan pelawat cina seperti Yu Beihong yang telah bermastautin di Pulau Pinang untuk beberapa tahun. Mereka juga telah berkunjung ke Singapura untuk sesuatu jangka masa. Mereka telah menerima pendidikan dalam lukisan berus cina dan kaligrafi di China.
Pada mulanya halatuju penghijrah-penghijrah awal dari China adalah untuk meneruskan sara hidup masing-masing. Seni halus tidak pernah difikirkan. Hanya selepas mereka bertapak kukuh dan berjaya dalam kehidupan, barulah terdapat beberapa penghijrahanberdasarkan kreativiti artistik mereka. Terdapat yang terlibat dalam pendidikan Seni dan ada pula yang menjadi pelukis amatur. Di antara yang berjaya dalam bidang seni ialah Lee Kah Yeow, Wang Yau, Reverend Chuk Mor, Reverend Pak Yuen, Chai Horng, Chung Hoong Kong dan Wei Sin.
Kesimpulannya pada awal tahun 1920 an terdapat pelukis yang mempamirkan hasil karyanya. Pameran Seni Lukis Seni yang terawal di Singapura ialah pameran Lian Xiao OhPastel He Qui Qo pada tahun 1926.
Tokoh-Tokoh Seni Catan Tempatan :

1.Mohamed Hoessein Enas
Karya-Karya Beliau Yang Terkenal:


2. Abdullah Ariff
-
ahir di Pulau Pinang pada tahun 1904.
-
Seorang seniman dan merupakan guru seni di Anglo-Chinese School, Penang
-
Tahun 1920,kumpulan seni tempatan tiada, yang ada ialah ekspatriat Eropah (suri rumah tangga kebanyakan bahasa Inggeris) yang menyebut mereka ‘Penang Impresionis’
-
Diiktiraf sebagai pelopor seni lukis cat air di Malaysia.
-
Dia sangat dikenali untuk pengendalian teliti ahli tentang media.
-
Karya-karya beliau lebih ‘Eropah’ dalam pandangan dan pendekatan, dan lukisan itu tampaknya lebih detail.
-
Seorang guru yang berdedikasi dan disegani komuniti artistik di negara utara
-
Beliau ke Kuala Lumpur pada tahun 1945 untuk bekerja sebagai seorang kartunis untuk The Starits Echo.
-
Pada tahun 1947, beliau kembali ke Penang dan aktif dalam politik dan merupakan ahli jawatankuasa UMNO.
-
Pada tahun 1955, ia menjabat sebagai anggota dewan bandar dan mendirikan Badan Ariff Iklan
-
Pada tahun 1957, salah satu lukisannya dipilih sebagai hadiah peribadi untuk disampaikan kepada Tunku Abdul Rahman
-
Abdullah Ariff meninggal dunia pada tahun 1962, meninggalkan warisan lukisan cat air yang sangat baik. Menurut salah satu mantan mahasiswa-nya, Tan Lye Hoe, falsafah Abdullah Ariff tentang seni adalah "Seni tidak mengenal halangan".
Karya-Karya Beliau Yang Terkenal:


Dato Hoessein Enas atau nama penuhnya Mohamed Hoessein Bin Enas dilahirkan pada tahun 1924 di Bogor, Indonesia. Pada tahun 1948 berhijrah ke Malaya pada ketika itu dari Singapura beliau Pulau Pinang dan kemudian ke Kuala Lumpur. Hossein Enas bukanlah asing dalam seni lukis Malaysia beliau merupakan salah seorang pelukis figura yang realisma terawal di negara ini yang digelar ‘Bapa Lukisan Potret Malaysia’. Beliau dikatakan mendapatan pendidikan seni awal secara tidak formal daripada tuisyen yang diberikan oleh pelukis Jepun daripada 1942 hingga 1944 semasa penjajahan Jepun di Indonesia dimana seorang pegawai Jepun telah memberikan beliau cat minyak. Walaupun belajar seni melalui pengalaman sendiri, namanya sebaris dengan pelukis Asia Tenggara yang lain yang bergerak dengan aliran itu seperti Raden Salleh, Basuki Abdullah dan Fernando Amorsolo.Karya-karyanya dikatakan cukup kuat dengan pengaruh pencahayaan pelukis besar Belanda yang beraliran Realisma Eropah seperti Rembrandt dan Vermeer. Beliau telah mengadakan banyak pameran berkumpulan dan perseorangan sepanjang hayatnya. Antaranya pameran solo Hoessein Enas ialah pada tahun 1960 di Charniel Gallery, Chelsea, London dan pada tahun 1966 di The Art Gallery, Pulau Pinang. Balai Seni Visual Negara sebagai sebuah galeri seni utama negara turut pernah mengadakan pameran untuknya melalui sebuah pameran retrospektif untuk mengimbau semula karya-karya pelukis ini pada tahun 1966.
Nama pelukis:Mohd Hoessein Enas
Tajuk :Gadis Menumbuk Padi
Tahun :1959
Bahan :Arang dan pastel atas kertas
Sumber :Balai ,Seni Lukis Negara
Nama pelukis:Mohd Hoessein Enas
Tajuk :Gadis Korea
Tahun :1963
Media :Cat Minyak
Sumber :Balai ,Seni Lukis Negara
Pelukis : Abdullah Ariff
Tajuk :"Bumi Bahagia Lombong Bijih Malaya"
Media :Cat air
Tahun :1960
Saiz :36.4x54.1cm
Tajuk : Coconut Plantation - Dawn
Tahun : 1948
Pelukis : Abdullah Ariff
Media : Cat air
Tema : Menggambarkan suasana ladang pokok kepala
Gaya : Gaya romantis Inggeris , sapuan berus yang terkawal
Nilai : Menggambarkan suasana kemakmuran negara
